Makluman J/Kuasa Masjid

MESYUARAT BULANAN
J/KUASA MASJID

Perbincangan dan Mesyuarat Bulanan akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 21 Januari 2016 (Khamis)
Masa   : 9:00 mlm (selepas Isyak)
Lokasi : Masjid Jamek Batu 14
Hadir   : AJK Masjid
Agenda : Mesyuarat

- Laporan Kewangan - Bendahari
- Laporan Khairat
- Laporan rumah wakaf
- Lain2 hal minit

Maklumat lanjut, sila hubungi
Tuan Haji Haridan

Makluman Umum dan Terkini


MAJLIS PEMBERIAN SUMBANGAN
ANAK-ANAK YATIM 2012

Ahli Kariah dijemput untuk hadir ke Majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim bagi kariah Masjid Jamek Batu 14 Puchong :-

Tarikh : 25hb. Oktober 2012
Hari    : Khamis
Masa   : 7:45 malam
Lokasi : Masjid Jamek Bt 14 Puchong

... maklumat lanjut disini


==========//=============

MAJLIS MERAIKAN
BAKAL HAJI 2012/1433H

Ahli Kariah dijemput untuk hadir ke Majlis meraikan ahli kariah yang akan menunaikan haji pada tahun 2012M/1433H ini di Masjid Jamek Batu 14 Puchong pada 20hb. September 2012 jam 7:45 malam ... maklumat lanjut disini


==========//=============



BORANG TAHLIL ARWAH
RAMADHAN 2012/1433H

Borang permohonan untuk mengadakan Tahlil Arwah pada bulan Ramadhan 2012/M/1433H kini boleh dimuaturun disini atau sila hubungi J/Kuasa Masjid untuk maklumat lanjut.


==========//=============

Jadual Pengajian Agama


Arkib Jadual Pengajian Agama


Rekod Kutipan/Derma Jumaat

Jumlah kutipan dan sumbangan yang diterima daripada orang ramai yang dimasukkan ke dalam Tabung Masjid dan LAIN-LAIN

JUMLAH KUTIPAN JUMAAT (RM)
TARIKH TABUNG MASJID TABUNG AIRCOND
04/03/16 2,194.00 410.00
11/03/16 2,037.00
18/03/16
25/03/16
JUMLAH 4,231.00 410.00

Rekod Kutipan Masjid Jamek Batu 14


Rekod Kutipan Sekolah Agama KAFA

Khairat dan Kematian

Rekod dan Senarai Keahlian Badan Khairat dan Kematian

Rekod Tahun 2012


Lapuran dan Minit Mesyuarat

Lapuran Mesyuarat



Lapuran Kewangan Masjid


Sumbangan Berbuka Puasa & Morey

Ramadhan Al-Mubarak bakal menjelang tiba tidak sampai 1 bulan lagi. Sehubungan dengan itu J/Kuasa Masjid mengalu-alukan apa juga bentuk sumbangan terutamanya sumbangan untuk :-

     1. Juadah Berbuka Puasa
     2. Jamuan Morey

Ahli Kariah dan orang ramai boleh membuat sumbangan ikhlas merangkumi makanan, minuman dan wang tunai.

Sila hubungi J/Kuasa Masjid atau Hubungi Kami untuk maklumat lanjut berhubung cara untuk menyampaikan sumbangan.
Mudah-mudahan sumbangan ikhlas ada akan dapat memakmur dan mengimarahkan Masjid.

HADIS : Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya,

"Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun"


 Jadual Moreh sila rujuk disini :-

Feedjit

Powered by Blogger.
Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik.

Foto Masjid Jamek Batu 14 Puchong

Makluman : Gotong Royong Perdana (Tanah Kubur) Julai 2012




Assalamualaikum.
Pihak Jawatankuasa Masjid Jamek Batu 14 Puchong, Selangor akan menganjurkan satu aktiviti Gotong Royong Perdana Membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Batu 14 Puchong Selangor.

Semua ahli kariah Masjid Jamek Batu 14 Puchong adalah dijemput untuk menjayakan program Gotong Royong Perdana ini.

Maklumat majlis gotong royong ini adalah seperti berikut :


Tarikh : 1 Julai 2012 (AHAD)
Masa   : 8:00 pagi
Lokasi : Tanah Perkuburan Islam Batu 14 Puchong
Skop   : Seperti berikut :-
            1. Menebang pokok-pokok besar (15 batang)
            2. Mencantas pokok-pokok renek
            3. Membersihkan kawasan sekitar kubur
            4. Membersihkan kayu-kayu reput
            5. Menanam pokok-pokok teduhan di kawasan masjid
            6. Meratakan tempat penyembelihan (korban)

Nota : Sila bawa peralatan yang bersesuaian dengan aktiviti membersihkan tanah perkuburan yang difikirkan perlu seperti parang, gergaji, cangkul, sabit pemotong rumput dan sebagainya.

InsyaAllah, Majlis Gotong Royong Perdana ini akan dipermudahkan lagi dengan kerjasama Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang akan turut membantu menyelaraskan kerja-kerja pembersihan dan pembuangan barang-barang yang tidak diperlukan.

Disamping aktiviti gotong royong membersihkan tanah perkuburan dan kawasan disekeliling masjid, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) melalui Program Pelaksanaan Program Penilaian Professional (PPP) Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) melalui wakilnya telah bermurah hati untuk melibatkan diri di dalam program menambah-baik kemudahan di masjid ini dan akan menganjurkan aktiviti riadah seperti membersihkan dan menyusun atur hiasan dalaman masjid serta mengadakan Pertandingan Melukis untuk kanak-kanak.

Kami ingin mengalu-alukan kehadiran ahli kariah serta dapat membawa ahli keluarga masing-masing seperti anak-anak. Kehadiran anda dan ahli keluaraga secara tidak langsung akan dapat menyerapkan sifat tolong menolong serta akan dapat saling mengenali antara satu sama lain dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kariah.

NOTA : Jamuan sarapan pagi dan makan tengahari disediakan.

InsyaAllah, hanya Allah jua yang dapat memberikan ganjaran pahala diatas kehadiran anda semua.

Sila hubungi Jawatankuasa Masjid untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Khairat dan Kematian : Keahlian Mei 2012


Maklumat senarai nama ahli Badan Khairat dan Kematian Masjid Jamek Batu 14 Puchong Selangor Darul Ehsan bagi tahun 2012 yang telah dikemaskinikan pada bulan May 2012.

Pembaharuan Yuran Tahunan Keahlian dan maklumat lanjut, sila hubungi Tuan Haji Haridan Bin Yusoff atau melalui telefon 019-357 6326.






Laman Blog Masjid Jamek Batu 14 Puchong


Assalamualaikum wbt

Selamat Datang Ke Laman Blog Masjid Jamek Batu 14 Puchong Selangor Darul Ehsan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Aduan, Maklum Balas, Cadangan dan Pendapat.
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Kategori : Aduan
Cadangan/Pendapat
Lain-lain
Nota :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.