Makluman J/Kuasa Masjid

MESYUARAT BULANAN
J/KUASA MASJID

Perbincangan dan Mesyuarat Bulanan akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 21 Januari 2016 (Khamis)
Masa   : 9:00 mlm (selepas Isyak)
Lokasi : Masjid Jamek Batu 14
Hadir   : AJK Masjid
Agenda : Mesyuarat

- Laporan Kewangan - Bendahari
- Laporan Khairat
- Laporan rumah wakaf
- Lain2 hal minit

Maklumat lanjut, sila hubungi
Tuan Haji Haridan

Makluman Umum dan Terkini


MAJLIS PEMBERIAN SUMBANGAN
ANAK-ANAK YATIM 2012

Ahli Kariah dijemput untuk hadir ke Majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim bagi kariah Masjid Jamek Batu 14 Puchong :-

Tarikh : 25hb. Oktober 2012
Hari    : Khamis
Masa   : 7:45 malam
Lokasi : Masjid Jamek Bt 14 Puchong

... maklumat lanjut disini


==========//=============

MAJLIS MERAIKAN
BAKAL HAJI 2012/1433H

Ahli Kariah dijemput untuk hadir ke Majlis meraikan ahli kariah yang akan menunaikan haji pada tahun 2012M/1433H ini di Masjid Jamek Batu 14 Puchong pada 20hb. September 2012 jam 7:45 malam ... maklumat lanjut disini


==========//=============



BORANG TAHLIL ARWAH
RAMADHAN 2012/1433H

Borang permohonan untuk mengadakan Tahlil Arwah pada bulan Ramadhan 2012/M/1433H kini boleh dimuaturun disini atau sila hubungi J/Kuasa Masjid untuk maklumat lanjut.


==========//=============

Jadual Pengajian Agama


Arkib Jadual Pengajian Agama


Rekod Kutipan/Derma Jumaat

Jumlah kutipan dan sumbangan yang diterima daripada orang ramai yang dimasukkan ke dalam Tabung Masjid dan LAIN-LAIN

JUMLAH KUTIPAN JUMAAT (RM)
TARIKH TABUNG MASJID TABUNG AIRCOND
04/03/16 2,194.00 410.00
11/03/16 2,037.00
18/03/16
25/03/16
JUMLAH 4,231.00 410.00

Rekod Kutipan Masjid Jamek Batu 14


Rekod Kutipan Sekolah Agama KAFA

Khairat dan Kematian

Rekod dan Senarai Keahlian Badan Khairat dan Kematian

Rekod Tahun 2012


Lapuran dan Minit Mesyuarat

Lapuran Mesyuarat



Lapuran Kewangan Masjid


Sumbangan Berbuka Puasa & Morey

Ramadhan Al-Mubarak bakal menjelang tiba tidak sampai 1 bulan lagi. Sehubungan dengan itu J/Kuasa Masjid mengalu-alukan apa juga bentuk sumbangan terutamanya sumbangan untuk :-

     1. Juadah Berbuka Puasa
     2. Jamuan Morey

Ahli Kariah dan orang ramai boleh membuat sumbangan ikhlas merangkumi makanan, minuman dan wang tunai.

Sila hubungi J/Kuasa Masjid atau Hubungi Kami untuk maklumat lanjut berhubung cara untuk menyampaikan sumbangan.
Mudah-mudahan sumbangan ikhlas ada akan dapat memakmur dan mengimarahkan Masjid.

HADIS : Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya,

"Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun"


 Jadual Moreh sila rujuk disini :-

Feedjit

Powered by Blogger.
Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik.

Foto Masjid Jamek Batu 14 Puchong

Gotong Rotong Perdana Masjid Jamek Batu 14 Puchong


Aktiviti Gotong Royong Perdana Gotong Royong Perdana Membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Batu 14 Puchong Selangor yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Jamek Batu 14 Puchong, Selangor pada 1hb Julai 2012 (Ahad) telah berjalan dengan lancar.

Dianggarkan lebih daripada 300 orang ahli Kariah Masjid Jamek telah turut serta di dalam aktiviti Gotong Royong ini. Selain dari itu Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) serta penyertaan daripada Persatuan Penduduk Puchong Utama 5

J/Kuasa Masjid Bersama Wakil Persatuan Penduduk PU5

Tarikh : 1 Julai 2012 (AHAD)
Masa   : 8:00 pagi
Lokasi : Tanah Perkuburan Islam Batu 14 Puchong
Skop   : Seperti berikut :-
            1. Menebang pokok-pokok besar (15 batang)
            2. Mencantas pokok-pokok renek
            3. Membersihkan kawasan sekitar kubur
            4. Membersihkan kayu-kayu reput
            5. Menanam pokok-pokok teduhan di kawasan masjid
            6. Meratakan tempat penyembelihan (korban)

Majlis dimulakan pada jam 8:15 pagi dengan sesi taklimat daripada Tuan Nazir Masjid Jamek Batu 14 Puchong, Tuan Hj Haridan Yusoff. Beliau menerangkan kepada semua peserta berkenaan dengan kawasan-kawasan yang perlu dilakukan pembersihan. Bagi memastikan kerja-kerja pembersihan berjalan dengan lancar, maka seorang ketua telah dilantik bagi setiap kawasan yang bertindak sebagai penyelaras kerja-kerja pembesihan.


Selepas selesai masjlis taklimat, peserta diraikan dengan sarapan pagi yang disediakan oleh kaum ibu yang turut serta di dalam program ini.
Kerja-kerja pembersihan bermula pad jam 8:45 pagi. Ketua Kampung Tuan Haji Mohd Shariff B Haji Iskandar juga turut bersama-sama dengan peserta di dalam Gotong Royong ini.

Selain daripada kawasan kubur, beberapa kawasan lain yang turut mendapat perhatian untuk kerja-kerja pembersihan seperti Kawasan Sembelihan, Kawasan Dalaman Masjid dan lain-lain lagi.
Kawasan Sembelihan-Sebelum
Kawasan Sembelihan-Selepas
Membersihkan Cermin Tingkap Masjid

Kerja-Kerja Pembersihan Di kawasan Kubur

Selepas Pembersihan Kawasan Kubur

Dalam masa yang sama pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Pelaksanaan Program Penilaian Professional (PPP) yang diwakili oleh Cik Nurul telah berjaya menganjurkan pertandingan melukis bagi anak-anak kariah masjid. Semua hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Tuan Nazir Masjid Jamek Batu 14 Puchong.

Pertandingan Mewarna

Jamuan makan tengahari juga disediakan kepada peserta. Menu masakan adalah disediakan dengan bantuan kaum ibu.

Jamuan Makan Tengahari

Cuit-Cuit Gotong Royong

Sekalung ucapan terima kaseh kepada Kementerian Kewangan yang telah memberikan sumbangan cenderahati kepada peserta Gotong Rotong menerusi program Pelaksanaan Program Penilaian Professional (PPP).

Cenderahati Untuk Peserta Gotong Royong

Jawatankuasa Masjid Jamek Batu 14 Puchong mengucapkan ribuan terima kaseh kepada semua ahli kariah, orang perseorangan, persatuan, pertubuhan yang telah menyumbangkan masa, tenaga dan wang ringgit.

Hanya Allah jua yang dapat memberikan ganjaran pahala diatas kehadiran dan sumbangan yang telah diberikan.

2 comments:

  1. Pihak Persatuan Penduduk PU 5 Puchong Utama mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak Masjid menjemput pihak ahli persatuan & kariah menyertai gtg ryg tersebut.

    Pihak persatuan juga merakamkan tahniah atas kejayaan penganjuran gtg ryg ini dan sambutan yg diberikan amatlah menggalakkan.

    Semuga kerjasama ini dapat terus dipereratkkan lagi bagi meningkatkan syiar Islam di kws ini.

    Gambar2 gtg ryg tersebut juga boleh dilihat di laman web / blog persatuan penduduk http://urusetiapu5@blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Terima kaseh atas sumbangan tenaga yang telah dihulur. Mudahan Allah jua yang dapat membalas sumbangan yang pihak tuan hulur.

    Mudahan ikatan persaudaraan akan berterusan.
    Terima Kaseh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Aduan, Maklum Balas, Cadangan dan Pendapat.
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Kategori : Aduan
Cadangan/Pendapat
Lain-lain
Nota :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.