Makluman J/Kuasa Masjid

MESYUARAT BULANAN
J/KUASA MASJID

Perbincangan dan Mesyuarat Bulanan akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 21 Januari 2016 (Khamis)
Masa   : 9:00 mlm (selepas Isyak)
Lokasi : Masjid Jamek Batu 14
Hadir   : AJK Masjid
Agenda : Mesyuarat

- Laporan Kewangan - Bendahari
- Laporan Khairat
- Laporan rumah wakaf
- Lain2 hal minit

Maklumat lanjut, sila hubungi
Tuan Haji Haridan

Makluman Umum dan Terkini


MAJLIS PEMBERIAN SUMBANGAN
ANAK-ANAK YATIM 2012

Ahli Kariah dijemput untuk hadir ke Majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim bagi kariah Masjid Jamek Batu 14 Puchong :-

Tarikh : 25hb. Oktober 2012
Hari    : Khamis
Masa   : 7:45 malam
Lokasi : Masjid Jamek Bt 14 Puchong

... maklumat lanjut disini


==========//=============

MAJLIS MERAIKAN
BAKAL HAJI 2012/1433H

Ahli Kariah dijemput untuk hadir ke Majlis meraikan ahli kariah yang akan menunaikan haji pada tahun 2012M/1433H ini di Masjid Jamek Batu 14 Puchong pada 20hb. September 2012 jam 7:45 malam ... maklumat lanjut disini


==========//=============



BORANG TAHLIL ARWAH
RAMADHAN 2012/1433H

Borang permohonan untuk mengadakan Tahlil Arwah pada bulan Ramadhan 2012/M/1433H kini boleh dimuaturun disini atau sila hubungi J/Kuasa Masjid untuk maklumat lanjut.


==========//=============

Jadual Pengajian Agama


Arkib Jadual Pengajian Agama


Rekod Kutipan/Derma Jumaat

Jumlah kutipan dan sumbangan yang diterima daripada orang ramai yang dimasukkan ke dalam Tabung Masjid dan LAIN-LAIN

JUMLAH KUTIPAN JUMAAT (RM)
TARIKH TABUNG MASJID TABUNG AIRCOND
04/03/16 2,194.00 410.00
11/03/16 2,037.00
18/03/16
25/03/16
JUMLAH 4,231.00 410.00

Rekod Kutipan Masjid Jamek Batu 14


Rekod Kutipan Sekolah Agama KAFA

Khairat dan Kematian

Rekod dan Senarai Keahlian Badan Khairat dan Kematian

Rekod Tahun 2012


Lapuran dan Minit Mesyuarat

Lapuran Mesyuarat



Lapuran Kewangan Masjid


Sumbangan Berbuka Puasa & Morey

Ramadhan Al-Mubarak bakal menjelang tiba tidak sampai 1 bulan lagi. Sehubungan dengan itu J/Kuasa Masjid mengalu-alukan apa juga bentuk sumbangan terutamanya sumbangan untuk :-

     1. Juadah Berbuka Puasa
     2. Jamuan Morey

Ahli Kariah dan orang ramai boleh membuat sumbangan ikhlas merangkumi makanan, minuman dan wang tunai.

Sila hubungi J/Kuasa Masjid atau Hubungi Kami untuk maklumat lanjut berhubung cara untuk menyampaikan sumbangan.
Mudah-mudahan sumbangan ikhlas ada akan dapat memakmur dan mengimarahkan Masjid.

HADIS : Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya,

"Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun"


 Jadual Moreh sila rujuk disini :-

Feedjit

Powered by Blogger.
Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik.

Foto Masjid Jamek Batu 14 Puchong

Majlis Tilawatul Quran Muslimat Daerah Petaling 2013-1435H

Pada Hari Ahad 24hb. November 2013M bersamaan 20hb. Muharram 1435H yang lalu, telah diadakan satu majlis Tilawatul Quran Muslimat Daerah Petaling anjuran bersama Jam'iyatul Qurra' Badan Dakwah Daerah Petaling dan Masjid Jamek Batu 14 Puchong, Selangor.

Pada kali ini, Masjid Jamek Batu 14 Puchong yang berada di dalam daerah Petaling telah dipilih sebagai tuan rumah bagi menganjurkan Tilawatul Quran ini peringkat daerah.

Di dalam pertandingan Tilawatul Quran Muslimat ini, Johan akan menerima sebuah Piala Pusingan yang telah disumbangkan oleh YBhg Datin Hajah Halimah Binti Haji Redzwan, Pengerusi LKPI Shah Alam, Selangor beserta hadiah iringan yang lain. Senarai nama peserta adalah seperti berikut :-

01. Hajah Rafeah Bt Pilus - Batu 14 Puchong

02. Hajah Rafeah Bt Mat Arif - Taman Sri Medan, Petaling Jaya

03. Pn Jamilah Binti Husain - Seksyen 18, Shah Alam

04. Hajah Biah @Lembut Binti Rebani - Batu 14, Puchong

05. Pn Siti Badriah Binti Soaed

06. Pn Rozita Binti Omar - Batu 14, Puchong

07. Pn Samijah Bin Jamakin - Seksyen 20, Shah Alam

08. Pn Siti Juliha Binti Haji Hipni - Batu 14, Puchong

09. Hajah Norhayati Binti Norwawi - Seksyen U12, Shah Alam

10. Pn Rosmeah Binti Kemad

11. Hajah Rohani Binti Haji Ismail - Batu 14, Puchong


Seramai 11 orang peserta Muslimat yang telah memperdengarkan bacaan masing-masing pada Tilawah kali ini telah diadili berdasarkan kepada :-

1. Tajwid - 40 markah

2. Taranum/Lagu - 25 markah

3. Fasahah - 20 markah

4. Suara - 15 markah


Pengerusi Hakim : Ust. Haji Mohamed Bin Abdul Hamid

Ust. Haji Idris Bin Ahmad

Ust. Haji Abdul Latif Bin Yeop

Ust. Haji Ahmad Bin Danuri


Juru Kira-kira : Pn Ramlah Bin Jantan

Penjaga masa : Pn Azwa Binti Abu Bakar


Tempoh membaca : 8 minit

Loceng pertama : minit ke-7

Loceng ke-2 : 8 minit





Aturcara majlis yang telah berlangsung adalah seperti berikut :

08:00 pagi : Pendaftaran peserta dan undian giliran

09:00 pagi : Ucapan pembukaan dan bacaan doa

- Ucapan aluan Tuan Hj Mohd Shariff

Ketua Kampung Batu 14 Puchong


- Ucapan Dato' Hj Ibrahim Bin Kassim

Pengerusi Jam'iyatul Qurra'


- Ucapan Perasmian Dato' Hj Emran Hj Kadir

Orang Kaya Daerah Petaling merangkap Pengerusi Bersama Badan Dakwah Daerah Petaling

09:45 pagi : Jamuan ringan

10:00 pagi : Tilawatul Quran dimulakan

12:00 t/hari : Qasidah sementara menanti keputusan

12:10 t/hari : Keputusan dan penyampaian hadiah Tilawatul Quran

12:30 t/hari : Jamuan dan bersurai


Pendaftaran Peserta



Ketibaan Tetamu Kehormat



Ucapan




Penyampaian Cenderamata Kepada Dato' Haji Emran


Bergambar Bersama Dato' Haji Emran


Barisan Juri Tilawatul Muslimat




Pencatat Masa Tilawatul Muslimat


Peserta Tilawatul Quran Muslimat Daerah Petaling






Pemenang Tilawatul Quran Peringkat Petaling 2013




Coret-Coret Tilawatul Quran Muslimat



Peserta Memperdengarkan Bacaan


Penyampaian Cenderamata dan Hadiah


Jawatankuasa Masjid Jamek Batu 14 Puchong mengucapkan ribuan terima kaseh kepada semua ahli kariah, orang perseorangan, persatuan, pertubuhan yang telah menyumbangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan program Tilawatul Quran Muslimat (2013M/1435H) di Masjid Jamek Batu 14 Puchong Selangor.


Kursus Umrah Intensif Masjid Jamek


Masjid Jamek Batu 14 Puchong Selangor dengan kerjasama penganjur majlis Juara & Travel Tours akan mengadakan satu Kursus Umrah Intensif untuk 2014M/1435H ini.

Kursus Umrah Intensif yang akan diadakan adalah seperti berikut :-

Tarikh    : 10hb. November 2013 (Ahad)

Masa      : 8:00 pagi - 2:00 petang

Lokasi    : Masjid Jamek Batu 14 Puchong

Bayaran : PERCUMA


Penceramah : YBhg Ustaz Hj Ab Razak b. Mahadi

Pembimbing : Pensyarah IPG (Pendidikan Islam) Kampus Bangi

- Imam 1, Masjid Raja Muda Musa, Semenyih.



Aturcara majlis adalah seperti berikut :-

08.00 pagi : Ketibaan para tetamu

- Pendaftaran

08.15 pagi : Ucapan alu-aluan

08.30 pagi : SLOT 1

- UMRAH KEMBARA MATA HATI

- Definisi dan Objektif

10.00 am : Taklimat Khas Perjalanan

10.30 am : REHAT

10.50 am : Solat sunat dhuha berjamaah

11.00 am : SLOT 2

- Merealisasikan Hajat Penuh Berkat

- Praktikal/Amali Umrah

01.00 pm : Penutup

- Penilaian Kursus

01.30 pm : Solat zohor berjamaah

- Bersurai


Maklumat lanjut berkaitan Kursus Umrah Intensif boleh didapati di sini

Jawatankuasa Masjid Jamek Batu 14 Puchong ingin menjemput ahli kariah untuk sama-sama menghadiri kursus ini terutamanya bagi mereka-mereka yang ingin mengerjakan ibadah Umrah dalam masa yang terdekat ini.



Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 1434H-2013M

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Masjid Jamek Kampung Baru Batu 14 Puchong Selangor yang telah diadakan pada Sabtu 24hb. Ogos 2013 bersamaan 17hb. Syawal 1434H yang lalu telah berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah, pelbagai juadah telah disediakan oleh pihak masjid. Jamuan Hari Raya bermula selepas solat Maghrib dengan dimulakan bacaan doa oleh Imam Tuan Hj Idris serta bacaan Selawat Nabi dengan kehadiran lebih daripada 300 orang tetamu. Sambil menikmati juadah, para tetamu dihiburkan dengan aluanan muzik lagu-lagu Nasyid dan lagu-lagu raya.

Majlis jamuan ini berhenti rehat pada jam 8:30 malam bagi tetamu dan jemaah menunaikan solat Isyak dan disambung semula selepas itu dan berakhir pada jam 10:30 malam.

Bacaan Doa Selamat


Selawat Nabi


Aneka Makanan dan Minuman


Mengambil Makanan


Menjamu Selera


Duit Raya


Memori Bergambar


Cuit-Cuit Jamuan Raya 2013


Jawatan Kuasa Masjid juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan di dalam mengendalikan majlis jamuan hari raya ini. InsyaAllah, segala kekurangan akan kami perbaiki pada masa yang akan datang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Aduan, Maklum Balas, Cadangan dan Pendapat.
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Kategori : Aduan
Cadangan/Pendapat
Lain-lain
Nota :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.