Makluman J/Kuasa Masjid

MESYUARAT BULANAN
J/KUASA MASJID

Perbincangan dan Mesyuarat Bulanan akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 21 Januari 2016 (Khamis)
Masa   : 9:00 mlm (selepas Isyak)
Lokasi : Masjid Jamek Batu 14
Hadir   : AJK Masjid
Agenda : Mesyuarat

- Laporan Kewangan - Bendahari
- Laporan Khairat
- Laporan rumah wakaf
- Lain2 hal minit

Maklumat lanjut, sila hubungi
Tuan Haji Haridan

Makluman Umum dan Terkini


MAJLIS PEMBERIAN SUMBANGAN
ANAK-ANAK YATIM 2012

Ahli Kariah dijemput untuk hadir ke Majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim bagi kariah Masjid Jamek Batu 14 Puchong :-

Tarikh : 25hb. Oktober 2012
Hari    : Khamis
Masa   : 7:45 malam
Lokasi : Masjid Jamek Bt 14 Puchong

... maklumat lanjut disini


==========//=============

MAJLIS MERAIKAN
BAKAL HAJI 2012/1433H

Ahli Kariah dijemput untuk hadir ke Majlis meraikan ahli kariah yang akan menunaikan haji pada tahun 2012M/1433H ini di Masjid Jamek Batu 14 Puchong pada 20hb. September 2012 jam 7:45 malam ... maklumat lanjut disini


==========//=============



BORANG TAHLIL ARWAH
RAMADHAN 2012/1433H

Borang permohonan untuk mengadakan Tahlil Arwah pada bulan Ramadhan 2012/M/1433H kini boleh dimuaturun disini atau sila hubungi J/Kuasa Masjid untuk maklumat lanjut.


==========//=============

Jadual Pengajian Agama


Arkib Jadual Pengajian Agama


Rekod Kutipan/Derma Jumaat

Jumlah kutipan dan sumbangan yang diterima daripada orang ramai yang dimasukkan ke dalam Tabung Masjid dan LAIN-LAIN

JUMLAH KUTIPAN JUMAAT (RM)
TARIKH TABUNG MASJID TABUNG AIRCOND
04/03/16 2,194.00 410.00
11/03/16 2,037.00
18/03/16
25/03/16
JUMLAH 4,231.00 410.00

Rekod Kutipan Masjid Jamek Batu 14


Rekod Kutipan Sekolah Agama KAFA

Khairat dan Kematian

Rekod dan Senarai Keahlian Badan Khairat dan Kematian

Rekod Tahun 2012


Lapuran dan Minit Mesyuarat

Lapuran Mesyuarat



Lapuran Kewangan Masjid


Sumbangan Berbuka Puasa & Morey

Ramadhan Al-Mubarak bakal menjelang tiba tidak sampai 1 bulan lagi. Sehubungan dengan itu J/Kuasa Masjid mengalu-alukan apa juga bentuk sumbangan terutamanya sumbangan untuk :-

     1. Juadah Berbuka Puasa
     2. Jamuan Morey

Ahli Kariah dan orang ramai boleh membuat sumbangan ikhlas merangkumi makanan, minuman dan wang tunai.

Sila hubungi J/Kuasa Masjid atau Hubungi Kami untuk maklumat lanjut berhubung cara untuk menyampaikan sumbangan.
Mudah-mudahan sumbangan ikhlas ada akan dapat memakmur dan mengimarahkan Masjid.

HADIS : Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya,

"Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun"


 Jadual Moreh sila rujuk disini :-

Feedjit

Powered by Blogger.
Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik.

Foto Masjid Jamek Batu 14 Puchong

Program Ibadah Korban 2012M-1433H (Hari Pertama)

Bersempena dengan kehadiran Aidil Adha pada Jumaat 26hb. Oktober 2012M/1433H ini, Masjid Jamek Batu 14 Puchong, Selangor telah mengadakan program ibadah korban. Sebanyak 6 ekor lembu telah tersenarai di dalam program korban ini.

Daripada 6 ekor lembu tersebut, 1 ekor telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Manakala 5 ekor lagi adalah daripada ahli kariah masjid. Memandangkan pada tahun ini, Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari Jumaat, maka J/Kuasa Masjid telah memutuskan untuk mengadakan sembelihan dan program seperti berikut :-

Program Hari Pertama
Tarikh : 26hb. Oktober 2012 (Jumaat)
Masa   : 8:30 pagi
Lokasi : Masjid Jamek Batu 14 Puchong
Aturcara   :-
       08:30 pagi : Solat Sunat Aidil Adha
       09:30 pagi : Sembelihan 1 ekor lembu
       09:45 pagi : Melapah dan menguruskan daging
       11:00 pagi : Memasak (menu : sup, nasi putih dan minuman)
       1:30 tghari : Solat Jumaat
       2:00 petang : Jamuan
       3:00 petang : Bersurai

Program Hari Kedua
Tarikh : 27hb. Oktober 2012 (Sabtu)
Masa   : 8:30 pagi
Lokasi : Masjid Jamek Batu 14 Puchong
Skop   : Aturcara :-
       08:00 pagi : Sarapan pagi
       08:30 pagi : Sembelihan 5 ekor lembu
       09:00 pagi : Melapah dan menguruskan daging
       11:30 pagi : Mengedarkan daging korban (kupon)
       2:00 petang : Bersurai


Program Hari Pertama : Jumaat 26hb. Oktober 2012
Majlis telah dimulakan pada jam 9:30 pagi dengan sesi taklimat daripada Timbalan Nazir Masjid Jamek Batu 14 Puchong, Tuan Hj Meor Azlan. Beliau telah menerangkan kepada semua ahli kariah yang hadir berkenaan tatacara mengadakan penyembelihan korban ini. Ini bagi memastikan semua urusan penyembelihan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

Pada program korban hari pertama ini, En Ayub telah dilantik sebagai Ketua Pelapah yang bertugas mengetuai kerja-kerja melapah dan memastikan daging, tulang, kepala, ekor, kulit, perut serta lain-lain organ dalaman lembu ini dapat diuruskan dengan cara dan kaedah yang betul.




Selepas selesai penyembelihan lembu korban pertama, ahli kariah bersama-sama bergotong-royong melapah serta mencincang daging korban.


Manakala selepas selesai, kaum wanita yang diketuai oleh Puan Jamaliah (Kak Mai - Pen. Setiausaha Masjid) pula mengambil alih tugas dengan menyediakan masakan seperti mana yang telah dirancangkan iaitu sup daging, nasi dan minuman.

Alhamdulillah semua urusan penyediaan makanan untuk jamuan telah tersedia tepat pada waktu yang telah dirancangkan. Sebaik sahaja selesai menunaikan solat Jumaat, para jamaah mula menikmati jamuan yang disediakan.



Photo Pilihan


Penyembelihan

Melapah & Mencincang Daging

Memasak

Menikmati Jamuan

Jawatankuasa Masjid Jamek Batu 14 Puchong mengucapkan ribuan terima kaseh kepada semua ahli kariah, orang perseorangan, persatuan, pertubuhan yang telah menyumbangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan program hari pertama ibadah korban (2012M/1433H) di Masjid Jamek Batu 14 Puchong Selangor.


Penyampaian Sumbangan Untuk Anak-Anak Yatim 2012

Satu majlis Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak yatim bagi kariah Masjid Jamek Batu 14 Puchong Selangor Darul Ehsan telah diadakan pada hari Khamis 25hb. Oktober 2012, selepas solat Maghrib

Senarai nama penerima sumbangan anak-anak yatim ini adalah sepertimana yang telah dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Kampung Batu 14 Puchong, Tuan Haji Mohd Shariff B Haji Iskandar.

Tarikh : 25hb. Oktober 2012 (Khamis)
Masa   : 7:45 malam (Selepas Solat Maghrib)
Lokasi : Masjid Jamek Batu 14 Puchong

Berikut adalah senarai nama penerima sumbangan kariah Masjid Jamek Batu 14 Puchong seramai 20 orang anak-anak yatim :-
  1. Nur' Aqilah Bt Mohd Nor - Taman Tasik, Puchong Utama, Puchong
  2. Nur' Atiqah Bt Mohd Nor - Taman Tasik, Puchong Utama, Puchong
  3. Nur' Azlin Bt Mohd Nor - Taman Tasik, Puchong Utama, Puchong
  4. Nur' Aisyah Bt Mohd Nor - Taman Tasik, Puchong Utama, Puchong
  5. Nur' Ain Bt Mohd Nor - Taman Tasik, Puchong Utama, Puchong
  6. Nor Syazwani Bt Aliyas - PKNS, Batu 13 1/2, Puchong
  7. Muhammad Firdaus Afiq Bin Norahaimi - PKNS, Batu 13 1/2, Puchong
  8. Wan Amirah Ruzaina Bt Wan Arisi - Pangsapuri Sri Pulai, Puchong
  9. Wan Aidil Redzuan Bin Wan Arisi - Pangsapuri Sri Pulai, Puchong
  10. Wan Amelia Roslina Bt Wan Arisi - Pangsapuri Sri Pulai, Puchong
  11. Wan Ariis Rizalman Bin Wan Arisi - Pangsapuri Sri Pulai, Puchong
  12. Wan Aqasha Raffique Bt Wan Arisi - Pangsapuri Sri Pulai, Puchong
  13. Danial Hafiq Bin Danas Fazaidi - Kg Pasir, Batu 13 1/2, Puchong
  14. Shahril Fahmi Bin Amin Nordin - Puchong Utama, Puchong
  15. Aminurasyid Bin Amin Nordin - Puchong Utama, Puchong
  16. Aizimi Bin Amin Nordin - Puchong Utama, Puchong
  17. Putri Nur Solehah Bt MD Puazi - Puchong Utama, Puchong
  18. Noor Izzati Izani Bt MD Puazi - Puchong Utama, Puchong
  19. Khairul Mizan Bin Abdul Aziz - Puchong Uama, Puchong
  20. Norsuraya Bt Rosli - Kg Baru Batu 14, Puchong

Penyampaian Sumbangan



Firman Allah : Surah Al-Baqarah, Ayat 177

Hadis : Memuliakan Anak Yatim

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak". Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan)
Hadis riwayat : Bukhari


Rujukan Al-Quran : Surah Al-Baqarah Ayat 177
Rujukan Hadis : Hadis Riwayat Bukhari


Jemputan Majlis Meraikan Bakal Haji 2012M-1433H


Masjid Jamek Batu 14 Puchong Selangor akan mengadakan satu majlis untuk meraikan ahli kariah masjid yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun 2012M/1433H ini.

Majlis meraikan bakal haji akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 20hb. September 2012 (Khamis)
Masa   : 7:45 malam (Selepas Solat Maghrib)
Lokasi : Masjid Jamek Batu 14 Puchong

Aturcara majlis adalah seperti berikut :-
  1. Bacaan Yassin
  2. Tahlil
  3. Doa Selamat oleh Imam 1 Tn Hj Idris Bin Ahmad
  4. Ucapan - Timbalan Nazir
  5. Penyampaian Sumbangan Masjid kepada bakal Haji
  6. Bersalaman
  7. Jamuan Makan
Senarai nama bakal haji pada tahun ini bagi kariah Masjid Jamek Batu 14 Puchong Selangor adalah seramai 11 orang iaitu :-
  1. Haji Haridan Bin Yusoff & Hjh Rossidar Bt Abu - Kg Baru Batu 14 Puchong
  2. Mohd Aidil Bin Abdullah & Razidah Abdullah - Taman Puchong Indah Batu 14 Puchong
  3. Hj Abu Bakar Bin Mat & Fauziah Bt Yeop - Mutiara Indah Puchong
  4. Arbain Bin Hj Jaffar & Zakiah Bt Hj Yusof - Puchong Utama PU8
  5. Azman Bin Abd Hamid & Suhaibah Bt Ibrahim - Perumahan TNB Puchong Indah
  6. Adnan Bin Yusoff

Jawatankuasa Masjid Jamek Batu 14 Puchong ingin menjemput ahli kariah untuk sama-sama meraikan bakal haji pada tahun ini.



Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 1433H-2012M


Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Masjid Jamek Kampung Baru Batu 14 Puchong Selangor yang telah diadakan pada Sabtu 8hb. September 2012 bersamaan 21hb. Syawal 1433H yang lalu telah berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah, pelbagai juadah telah disediakan oleh pihak masjid serta sumbangan daripada orang perseorangan mahupun badan-badan kerajaan seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) dan Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Terdapat 11 jenis menu yang diasingkan mengikut kategori masing-masing iaitu Gerai Kambing Bakar (2 ekor), Gerai Satay, Gerai Kuey Teow Goreng, Gerai Lemang, Gerai Nasi Beriani, Gerai Rojak dan Laksa, Gerai Mee Hun Sup, Gerai Rojak, Gerai Roti Jala, Gerai Roti Boom dan Gerai Mee Kari.

Manakala Gerai Minuman pula menyajikan minuman seperti Oren, Teh Tarik, ABC dan Air Mineral. Aneka jenis buah-buahan disediakan di Gerai Buah-Buahan seperti manggis, oren, tembikai merah, tembikai susu dan serta tapai sebagai pemanis mulut.

Jamuan Hari Raya bermula selepas solat Maghrib dengan kehadiran lebih daripada 500 orang tetamu. Sambil menikmati juadah, para tetamu dihiburkan dengan aluanan muzik lagu-lagu Nasyid dan lagu-lagu raya.

Majlis jamuan ini berhenti rehat pada jam 8:30 malam bagi tetamu dan jemaah menunaikan solat Isyak dan disambung semula selepas itu dan berakhir pada jam 10:30 malam.

Antara tetamu kehormat yang telah hadir termasuk :-
  • Timbalan Mufti Negeri Selangor, Y.Bhg. Dato' Haji Abdul Majid bin Omar
  • Penghulu Mukim Petaling Mohd Shah Rizal Bin Shol Hadli
  • Ketua Kampung Kg Baru Batu 14, Puchong, Tuan Haji Mohd Shariff Bin Hj Iskandar
  • Pengerusi JKKP (Batu 14) Tuan Haji Sahari Bin Mahun

Tetamu Kehormat


Gerai Kambing Bakar Menjadi Tumpuan




Persediaan Awal


Gerai Makanan


Gerai Minuman dan Buah-Buahan


Tetamu Menjamu Selera


Kerja-Kerja Pembersihan Selepas Jamuan


Pegawai dan J/Kuasa Masjid


Disamping itu juga lensa kamera unit IT Masjid Jamek sempat juga merakamkan beberapa gambar istimewa untuk dikongsikan bersama.
Cuit-Cuit Jamuan Hari Raya


Jawatan Kuasa Masjid Jamek Batu 14 Puchong juga ingin merakam setinggi-tingi ucapan terima kaseh di atas sumbangan tenaga oleh pasukan RELA bagi memastikan keadaan lalulintas berjalan dengan lancar.

Pasukan RELA


Jawatan Kuasa Masjid juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan di dalam mengendalikan majlis jamuan hari raya ini. InsyaAllah, segala kekurangan akan kami perbaiki pada masa yang akan datang.



Jemputan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 1433H-2012M


JawatanKuasa Masjid Jamek Batu 14 Puchong, Selangor Darul Ehsan yang telah mengadakan mensyuarat pada 27hb. Ogos 2012 yang lalu telah memutuskan untuk mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 1433H/2012M

Majlis Jamuan Hari Raya yang akan diadakan adalah seperti berikut :-

Tarikh : 8hb. September 2012 (Sabtu)
Masa   : 8:00 malam (Selepas Solat Maghrib)
Lokasi : Perkarangan Masjid Jamek Batu 14 Puchong

Cadangan menu yang akan disediakan pada jamuan ini nanti adalah seperti berikut :-
  1. Satay
  2. Lemang + rendang
  3. Kambing (Kambing Golek)
  4. Nasi Beriani
  5. Mee Kari
  6. Roti Jala + kuah durian
  7. Kueh Teow Goreng
  8. Roti Boom
  9. Rojak Mamak
  10. Buah-buahan (tembikai, papaya dan lain-lain)
  11. Minuman : Teh tarik, ABC, Cendol, Jus dan Air Mineral

Jawatankuasa Masjid Jamek Batu 14 Puchong ingin menjemput ahli kariah untuk sama-sama meraikan majlis Jamuan Hari Raya pada tahun ini. Disamping itu juga, beberapa orang tetamu istimewa telah dijemput untuk bersama-sama meraikan majlis jamuan ini.

Semua ahli Kariah Masjid Jamek Batu 14 Puchong adalah dijemput untuk bersama-sama menghulurkan tangan untuk membantu Jawatan Kuasa Masjid bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.

NOTA : Jawatankuasa dan Pengurusan Masjid Jamek Batu 14 Puchong mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada kekasaran bahasa dan pertuturan mahupun tindakan yang tidak menyenangkan sepanjang kami menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan.



Seminar Minda Strategik (SMS)

(Klik pada gambar di atas untuk banner penuh)


Usaha Strategik Sdn Bhd yang merupakan sebuah firma konsultan latihan yang bergerak aktif dan agresif serta fokus secara serius dalam bidang latihan bina insan di Malaysia akan mengadakan Seminar Minda Strategik (SMS) pada bulan Oktober 2012

Seminar ini mensasarkan golongan pelajar terutamanya calon-calon SPM, STPM, pelajar kolej dan universiti. Banyak manafaat yang bakal diperolehi di dalam seminar ini diantara ialah :
  1. Menyuntik penggunaan minda secara optimun
  2. Membaca, memahami, menghafal dan Mengamalkan Ilmu dengan baik
  3. Mecapai pemikiran yang kreatif, produktif & inovatif
  4. Perubahan positif dan meningkatkan kualiti hidup
  5. Cemerlang dalam peperiksaan

Jadual Seminar Minda Strategik adalah seperti berikut :-

Tarikh   : 13hb. Oktober 2012 (Sabtu)

Masa     : 9:00 pagi - 4:00 petang

Lokasi   : Masjid As-Salam Puchong Perdana

Yuran   : RM80 (Individu)/ RM75 (berkumpulan)

Peserta : 70 orang sahaja



Tarikh Tutup Permohonan : 4hb. Oktober 2012

Maklumat lanjut tentang program boleh di dapati disini. Orang ramai yang ingin menyertai program ini boleh mendapatkan borang permohonan disini atau terus menghubungi pihak penganjur seperti di bawah ini :-

USAHA STRATEGIK SDN BHD
No. 12-1, Jalan Mutiara 1/1,
Taman Mutiara Indah, Puchong.
Tel : 03-8063 6562 / 03-8051 2424
Faks : 03-8063 6563
website:www.usahastrategik.com
email : info@usahastrategik.com

Mudah-mudahan kita serta anak-anak kita yang akan menduduki peperiksaan akan beroleh manafaat daripada seminar ini, InsyaAllah



Jemputan Majlis Berbuka Puasa Masjid Jamek Batu 14 Puchong


Pihak Jawatankuasa Masjid Jamek Batu 14 Puchong, Selangor telah menerima satu sumbangan penajaan untuk Majlis Berbuka Puasa (Iftar) daripada Syarikat Katering Prasarana Shah Alam.

Majlis Berbuka Puasa yang akan diadakan adalah seperti berikut :-

Tarikh : 16hb. Ogos 2012 (KHAMIS)
Masa   : Waktu Berbuka Puasa (7:26 malam)
Lokasi : Masjid Jamek Batu 14 Puchong

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Masjid Jamek Batu 14 Puchong ingin menjemput ahli kariah untuk sama-sama meraikan majlis berbuka puasa ini.

Jutaan terima kaseh kepada Syarikat Katering Prasarana Shah Alam yang telah sudi untuk menyediakan juadah berbuka puasa ini. Mudah-mudahan Allah akan memberikan ganjaran pahala.

HADIS : Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya,

"Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun"





Khairat dan Kematian : Keahlian Julai 2012


Maklumat senarai nama ahli Badan Khairat dan Kematian Masjid Jamek Batu 14 Puchong Selangor Darul Ehsan bagi tahun 2012 yang telah dikemaskinikan pada bulan Julai 2012 disini

Pembaharuan Yuran Tahunan Keahlian dan maklumat lanjut, sila hubungi Tuan Haji Haridan Bin Yusoff atau melalui telefon 019-357 6326.



Kaunter Bayaran Zakat Fitrah 2012M-1433H


Kaunter Bayaran Zakat Fitrah bagi tahun 2012M/1433H telah mula dibuka hari ini 25hb. Julai 2012 bersamaan 5hb. Ramadhan 1433H bagi memudahkan urusan Kariah Masjid Jamek Batu 14 Puchong serta orang ramai untuk menjelaskan bayaran Zakat Fitrah pada tahun ini.

Seperti yang telah ditetapkan bayaran zakat fitrah pada tahun ini untuk pemastautin di negeri Selangor adalah sebanyak RM7.00 seorang iaitu bersamaan dengan 2.70kg beras. Orang ramai boleh menjelaskan bayaran zakat fitrah kepada amil yang telah dilantik untuk Kariah Masjid Jamek Batu 14 Puchong iaitu :-

  • Tuan Haji Idris Bin Ahmad - Bazar Ramadhan Masjid Jamek Batu 14 Puchong
  • Tuan Haji Wahab Bin Haji Ibrahim Ali - Bazar Ramadhan Persiaran Saujana Puchong

Oleh yang demikian, orang ramai disarankan mengambil kesempatan ini untuk segera menunaikan tanggungjawab sepertimana yang diwajibkan. Mudah-mudahan zakat fitrah yang kita akan diterima oleh Allah SWT, InsyaAllah

Bazar Ramadhan Masjid Jamek Batu 14 Puchong

Bazar Ramadhan Persiaran Saujana Puchong





Masjid TH Kelana Jaya : Program Muhasabah Ramadhan 1433H


Jawatan Kuasa Masjid Tabung Haji Kelana Jaya melalui Biro Dakwah dan Penerbitan akan mengadakan Program Muhasabah Ramadhan seperti butiran yang dinyatakan di dalam surat jemputan diatas.

Maklumat lanjut tentang program boleh di dapati disini. Orang ramai yang ingin menyertai program ini boleh mendapatkan borang permohonan disini.

Mudah-mudahan kita akan beroleh manafaat daripada program ini, InsyaAllah



Makluman Program Penghayatan Ramadhan (Wanita) 2012


InsyaAllah selang beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut kehadiran Ramadhan Al-Mubarak. Ramadhan adalah bulan yang penuh kerahmatan dan masa yang paling sesuai untuk kita merebut pahala yang berlipat kali ganda. Ramadhan juga merupakan madrasah agung yang mendidik jiwa dan nafsu kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia juga mampu menggilap kembali hati kita yang pudar dan titik tolak kepada perubahan diri yang lebih baik.

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (W.I) Daerah Puchong dengan kerjasama Masjid Jamek Batu 14 Puchong & Unit Muballighat JAIS (UMJ) akan menganjurkan Program Penghayatan Ramadhan (Wanita) 2012M/1433H. Pelbagai program telah diaturkan WI Daerah Puchong bagi meraikan kehadiran Ramadhan Al-Mubarak ini diantaranya ialah Solat Sunat, Ceramah, Khatam Al-Quran dan lain-lain lagi.

Tarikh     : 5hb. Ogos 2012 / 16 Ramadhan 1433H (AHAD)
Masa       : 7:30 pagi - 3:00 petang
Lokasi     : Masjid Jamek Batu 14 Puchong
Aturcara  : Seperti berikut :-


Penyertaan daripada ahli kariah Masjid Jamek Batu 14 Puchong, orang perseorangan, organisasi dan pertubuhan Islam, NGO, surau-surau dan masjid-masjid lain adalah amat dialu-alukan bagi mengimarahkan masjid disamping mencari keredhaan Allah.

Penyertaan secara berkumpulan (organisasi, surau dan masjid) adalah disarankan menggunakan borang permohonan menyertai program yang boleh didapati disini serta dimajukan seberapa segera kepada JawatanKuasa Masjid bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar dan selesa.

Disamping itu juga JawatanKuasa Masjid sangat berterima kaseh untuk menerima apa juga Sumbangan Ikhlas daripada peserta program dan orang ramai tanpa mengambilkira samada mereka menyertai program ini atau tidak berkesempatan. Borang sumbangan boleh dimuaturun disini dan dihantar terus bersama dengan sumbangan kepada J/Kuasa Masjid seperti di bawah ini.

Sebarang pertanyaan mengenai Program Penghayatan Ramadhan (Wanita) 2012M/1433H ini boleh dikemukakan terus kepada :-

   Tuan Nazir Masjid Jamek : Tuan Haji Haridan Bin Yusoff
   Pengerusi WI Puchong : Jamaliah Bt Darus
   Masjid Jamek Batu 14 Puchong : Admin



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Aduan, Maklum Balas, Cadangan dan Pendapat.
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Kategori : Aduan
Cadangan/Pendapat
Lain-lain
Nota :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.