
Assalamualaikum.
Pihak Jawatankuasa Masjid Jamek Batu 14 Puchong, Selangor akan menganjurkan satu aktiviti Gotong Royong Perdana Membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Batu 14 Puchong Selangor.
Semua ahli kariah Masjid Jamek Batu 14 Puchong adalah dijemput untuk menjayakan program Gotong Royong Perdana ini.
Maklumat majlis gotong royong ini adalah seperti berikut :
Masa : 8:00 pagi
Lokasi : Tanah Perkuburan Islam Batu 14 Puchong
Skop : Seperti berikut :-
1. Menebang pokok-pokok besar (15 batang)
2. Mencantas pokok-pokok renek
3. Membersihkan kawasan sekitar kubur
4. Membersihkan kayu-kayu reput
5. Menanam pokok-pokok teduhan di kawasan masjid
6. Meratakan tempat penyembelihan (korban)
Nota : Sila bawa peralatan yang bersesuaian dengan aktiviti membersihkan tanah perkuburan yang difikirkan perlu seperti parang, gergaji, cangkul, sabit pemotong rumput dan sebagainya.
InsyaAllah, Majlis Gotong Royong Perdana ini akan dipermudahkan lagi dengan kerjasama Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang akan turut membantu menyelaraskan kerja-kerja pembersihan dan pembuangan barang-barang yang tidak diperlukan.

NOTA : Jamuan sarapan pagi dan makan tengahari disediakan.
InsyaAllah, hanya Allah jua yang dapat memberikan ganjaran pahala diatas kehadiran anda semua.
Sila hubungi Jawatankuasa Masjid untuk mendapatkan maklumat lanjut.
