Majlis Jamuan Hari Raya yang akan diadakan adalah seperti berikut :-
Masa : 8:00 malam (Selepas Solat Maghrib)
Lokasi : Perkarangan Masjid Jamek Batu 14 Puchong
Cadangan menu yang akan disediakan pada jamuan ini nanti adalah seperti berikut :-
- Satay
- Lemang + rendang
- Kambing (Kambing Golek)
- Nasi Beriani
- Mee Kari
- Roti Jala + kuah durian
- Kueh Teow Goreng
- Roti Boom
- Rojak Mamak
- Buah-buahan (tembikai, papaya dan lain-lain)
- Minuman : Teh tarik, ABC, Cendol, Jus dan Air Mineral
Jawatankuasa Masjid Jamek Batu 14 Puchong ingin menjemput ahli kariah untuk sama-sama meraikan majlis Jamuan Hari Raya pada tahun ini. Disamping itu juga, beberapa orang tetamu istimewa telah dijemput untuk bersama-sama meraikan majlis jamuan ini.
Semua ahli Kariah Masjid Jamek Batu 14 Puchong adalah dijemput untuk bersama-sama menghulurkan tangan untuk membantu Jawatan Kuasa Masjid bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.
NOTA : Jawatankuasa dan Pengurusan Masjid Jamek Batu 14 Puchong mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada kekasaran bahasa dan pertuturan mahupun tindakan yang tidak menyenangkan sepanjang kami menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan.
0 comments:
Post a Comment