Berkumpul
Sambutan daripada ahli kariah dan orang ramai serta penglibatan seperti Sekolah Agama Rakyat (Al-Thaqafah), Sekolah Kebangsaan Puchong Batu 14, Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong, Surau An-Nur (SP1), adalah amat menggalakkan dan mereka berkumpul di perkarangan Masjid Jamek Batu 14 Puchong. Sebuah bas (ihsan daripada Universiti Malaya) telah disediakan untuk membawa peserta-peserta perarakan dari Masjid Jamek Batu 14 Puchong ke lokasi memulakan perarakan di Taman Puchong Utama 5.
a
Perarakan
Acara kemuncak sambutan Maulidur Rasul ini adalah perarakan sejauh 900 meter sambil membaca selawat dan salam keatas Nabi Muhammad s.a.w. Pasukan keselamatan seperti Polis dan RELA telah membantu mengawal lalulintas bagi memastikan kelancaran perarakan ini yang merentasi laluan berikut :-
- Bermula dari Taman Permainan Kanak-kanak Taman Puchong Utama 5
- Melalui Pasar Batu 14 Puchong
- Melalui Jalan Utama (Jalan Puchong)
- Melalui Laluan hadapan Sekolah Hang Ming, Sekolah Rendah Agama (KAFA) dan Sekolah Kebangsaan Puchong Batu 14
- Tiba ke Masjid Jamek Batu 14 Puchong
Setelah majlis perarakan selesai, berbagai program keagamaan telah diadakan di dalam masjid yang telah diatur oleh jawatankuasa masjid seperti berikut :-
Aturcara :-
07:30 pagi : Berkumpul di Masjid Jamek Batu 14 Puchong
07:40 pagi : Bergerak dan berkumpul di Tmn Puchong Utama 5
08:15 pagi : Taklimat Perarakan & Bacaan Doa
08:30 pagi : Perarakan Bermula
09:30 pagi : Persembahan Nasyid, Marhaban & Bercerita
10:15 pagi : Pertandingan Hafazan & Khatib Muda
11:15 pagi : Taranum dan Qasidah
12:00 pagi : Penyampaian Hadiah dan Cenderamata
12:45 t/hari : Jamuan & Bersurai
Jawatankuasa Masjid Jamek Batu 14 Puchong merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kaseh kepada semua ahli kariah, orang ramai, pasukan polis, pasukan RELA serta mereka-mereka yang telah terlibat membantu dan menjayakan program sambutan Maulidur Rasul ini.
Mudah-mudahan program ini akan dan telah memberi manafaat kepada kita semua serta di dalam rahmat Allah yang berpanjangan. InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment