Makluman J/Kuasa Masjid

MESYUARAT BULANAN
J/KUASA MASJID

Perbincangan dan Mesyuarat Bulanan akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 21 Januari 2016 (Khamis)
Masa   : 9:00 mlm (selepas Isyak)
Lokasi : Masjid Jamek Batu 14
Hadir   : AJK Masjid
Agenda : Mesyuarat

- Laporan Kewangan - Bendahari
- Laporan Khairat
- Laporan rumah wakaf
- Lain2 hal minit

Maklumat lanjut, sila hubungi
Tuan Haji Haridan

Makluman Umum dan Terkini


MAJLIS PEMBERIAN SUMBANGAN
ANAK-ANAK YATIM 2012

Ahli Kariah dijemput untuk hadir ke Majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim bagi kariah Masjid Jamek Batu 14 Puchong :-

Tarikh : 25hb. Oktober 2012
Hari    : Khamis
Masa   : 7:45 malam
Lokasi : Masjid Jamek Bt 14 Puchong

... maklumat lanjut disini


==========//=============

MAJLIS MERAIKAN
BAKAL HAJI 2012/1433H

Ahli Kariah dijemput untuk hadir ke Majlis meraikan ahli kariah yang akan menunaikan haji pada tahun 2012M/1433H ini di Masjid Jamek Batu 14 Puchong pada 20hb. September 2012 jam 7:45 malam ... maklumat lanjut disini


==========//=============



BORANG TAHLIL ARWAH
RAMADHAN 2012/1433H

Borang permohonan untuk mengadakan Tahlil Arwah pada bulan Ramadhan 2012/M/1433H kini boleh dimuaturun disini atau sila hubungi J/Kuasa Masjid untuk maklumat lanjut.


==========//=============

Jadual Pengajian Agama


Arkib Jadual Pengajian Agama


Rekod Kutipan/Derma Jumaat

Jumlah kutipan dan sumbangan yang diterima daripada orang ramai yang dimasukkan ke dalam Tabung Masjid dan LAIN-LAIN

JUMLAH KUTIPAN JUMAAT (RM)
TARIKH TABUNG MASJID TABUNG AIRCOND
04/03/16 2,194.00 410.00
11/03/16 2,037.00
18/03/16
25/03/16
JUMLAH 4,231.00 410.00

Rekod Kutipan Masjid Jamek Batu 14


Rekod Kutipan Sekolah Agama KAFA

Khairat dan Kematian

Rekod dan Senarai Keahlian Badan Khairat dan Kematian

Rekod Tahun 2012


Lapuran dan Minit Mesyuarat

Lapuran Mesyuarat



Lapuran Kewangan Masjid


Sumbangan Berbuka Puasa & Morey

Ramadhan Al-Mubarak bakal menjelang tiba tidak sampai 1 bulan lagi. Sehubungan dengan itu J/Kuasa Masjid mengalu-alukan apa juga bentuk sumbangan terutamanya sumbangan untuk :-

     1. Juadah Berbuka Puasa
     2. Jamuan Morey

Ahli Kariah dan orang ramai boleh membuat sumbangan ikhlas merangkumi makanan, minuman dan wang tunai.

Sila hubungi J/Kuasa Masjid atau Hubungi Kami untuk maklumat lanjut berhubung cara untuk menyampaikan sumbangan.
Mudah-mudahan sumbangan ikhlas ada akan dapat memakmur dan mengimarahkan Masjid.

HADIS : Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya,

"Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun"


 Jadual Moreh sila rujuk disini :-

Feedjit

Powered by Blogger.
Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik.

Foto Masjid Jamek Batu 14 Puchong

Majlis Khatan Perdana 2015 Masjid Jamek Batu 14 Puchong

Majlis Khatan Perdana 2015 anjuran Jawatankuasa Masjid Jamek Batu 14 Puchong, Selangor telah diadakan pada Sabtu 5hb Disember 2015 bertempat di Masjid Jamek Batu 14 Puchong.

Sambutan yang diterima dari ahli kariah amat menggalakkan bilamana seramai 34 orang anak-anak kariah masjid telah menyertai Khatan Perdana ini yang dinamakan sebagai "Sunathon" dan telah dirasmikan oleh Tn Haji Sharif Bin Haji Iskandar selaku Ketua Kampung Batu 14 Puchong, Selangor.

Bayaran yang dikenakan serendah RM60.00 bagi setiap peserta Sunathon. Seramai 4 orang Tok Mudim dari telah dijemput untuk telah mengetuai tugas untuk khatan anak-anak

Aturcara majlis yang telah berlangsung adalah seperti berikut :
Hari Pertama Jumaat 4hb Disember 2015 :

18:30 pm : Pendaftaran peserta Sunathon

19:02 pm : Solat Maghrib berjamaah

19:15 pm : Peserta berkumpul di Warong "Lemang Budak Kampung" bersama kenderaan pacuan 4 roda

19:30 pm : Perarakan peserta ke masjid diiringi paluan kompang

20:00 pm : Bersalaman bersama jemaah masjid & bacaan doa oleh Imam tn Haji Idris Bin Ahmad

20:30 pm : Penyampaian cenderahati oleh Ketua Kampung tn Haji Sharif Bin Haji Iskandar

20:45 pm : Penyampaian bunga telor dan sesi bergambar

20:50 pm : Solat isyak berjamaah

21:00 pm : Jamuan makan


Hari Kedua Sabtu 5hb Disember 2015 :

08:00 am : Pendaftaran peserta Sunathon

08:15 am : Sarapan pagi

08:30 am : Peserta berkumpul di dataran parkir masjid

08:40 am : Bacaan doa oleh Imam tn Haji Idris Bin Ahmad

08:45 am : Mandian Bomba dari Bomba Puchong Jaya

09:00 am : Sunathon bermula

09:00 am : Pemeriksaan kesihatan PERCUMA - Pusat Kesihatan Daerah

12:30 pm : Bersurai



Jawatankuasa Masjid Jamek Batu 14 Puchong mengucapkan ribuan terima kaseh kepada semua ahli kariah, orang perseorangan, persatuan, pertubuhan yang telah menyumbangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan program Khatan Perdana 2015 di Masjid Jamek Batu 14 Puchong Selangor.

Pendaftaran Peserta

Perarakan 4 Disember 2015

Peserta Bersalaman

Berselawat

Bacaan Doa dan Penyampaian Cenderahati

Peserta Bergambar Bersama Ayah

Jamuan Makan Malam 4 Disember 2015

Ketibaan Tok Mudim & Persiapan Khatan

Pasukan BOMBA Puchong Jaya

Perarakan dan Mandian BOMBA

Sesi Berkhatan

Selepas Berkhatan

Pulang ke Rumah Setelah Selesai Berkhatan

Coret-Coret Khatan 2015



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Aduan, Maklum Balas, Cadangan dan Pendapat.
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Kategori : Aduan
Cadangan/Pendapat
Lain-lain
Nota :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.