Daripada 6 ekor lembu tersebut, 1 ekor telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Manakala 5 ekor lagi adalah daripada ahli kariah masjid. Memandangkan pada tahun ini, Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari Jumaat, maka J/Kuasa Masjid telah memutuskan untuk mengadakan sembelihan dan program seperti berikut :-
Masa : 8:30 pagi
Lokasi : Masjid Jamek Batu 14 Puchong
Aturcara :-
08:30 pagi : Solat Sunat Aidil Adha
09:30 pagi : Sembelihan 1 ekor lembu
09:45 pagi : Melapah dan menguruskan daging
11:00 pagi : Memasak (menu : sup, nasi putih dan minuman)
1:30 tghari : Solat Jumaat
2:00 petang : Jamuan
3:00 petang : Bersurai
Masa : 8:30 pagi
Lokasi : Masjid Jamek Batu 14 Puchong
Skop : Aturcara :-
08:00 pagi : Sarapan pagi
08:30 pagi : Sembelihan 5 ekor lembu
09:00 pagi : Melapah dan menguruskan daging
11:30 pagi : Mengedarkan daging korban (kupon)
2:00 petang : Bersurai
Pada program korban hari pertama ini, En Ayub telah dilantik sebagai Ketua Pelapah yang bertugas mengetuai kerja-kerja melapah dan memastikan daging, tulang, kepala, ekor, kulit, perut serta lain-lain organ dalaman lembu ini dapat diuruskan dengan cara dan kaedah yang betul.
Selepas selesai penyembelihan lembu korban pertama, ahli kariah bersama-sama bergotong-royong melapah serta mencincang daging korban.
Manakala selepas selesai, kaum wanita yang diketuai oleh Puan Jamaliah (Kak Mai - Pen. Setiausaha Masjid) pula mengambil alih tugas dengan menyediakan masakan seperti mana yang telah dirancangkan iaitu sup daging, nasi dan minuman.
Alhamdulillah semua urusan penyediaan makanan untuk jamuan telah tersedia tepat pada waktu yang telah dirancangkan. Sebaik sahaja selesai menunaikan solat Jumaat, para jamaah mula menikmati jamuan yang disediakan.
Jawatankuasa Masjid Jamek Batu 14 Puchong mengucapkan ribuan terima kaseh kepada semua ahli kariah, orang perseorangan, persatuan, pertubuhan yang telah menyumbangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan program hari pertama ibadah korban (2012M/1433H) di Masjid Jamek Batu 14 Puchong Selangor.
0 comments:
Post a Comment