Makluman J/Kuasa Masjid

MESYUARAT BULANAN
J/KUASA MASJID

Perbincangan dan Mesyuarat Bulanan akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 21 Januari 2016 (Khamis)
Masa   : 9:00 mlm (selepas Isyak)
Lokasi : Masjid Jamek Batu 14
Hadir   : AJK Masjid
Agenda : Mesyuarat

- Laporan Kewangan - Bendahari
- Laporan Khairat
- Laporan rumah wakaf
- Lain2 hal minit

Maklumat lanjut, sila hubungi
Tuan Haji Haridan

Makluman Umum dan Terkini


MAJLIS PEMBERIAN SUMBANGAN
ANAK-ANAK YATIM 2012

Ahli Kariah dijemput untuk hadir ke Majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim bagi kariah Masjid Jamek Batu 14 Puchong :-

Tarikh : 25hb. Oktober 2012
Hari    : Khamis
Masa   : 7:45 malam
Lokasi : Masjid Jamek Bt 14 Puchong

... maklumat lanjut disini


==========//=============

MAJLIS MERAIKAN
BAKAL HAJI 2012/1433H

Ahli Kariah dijemput untuk hadir ke Majlis meraikan ahli kariah yang akan menunaikan haji pada tahun 2012M/1433H ini di Masjid Jamek Batu 14 Puchong pada 20hb. September 2012 jam 7:45 malam ... maklumat lanjut disini


==========//=============



BORANG TAHLIL ARWAH
RAMADHAN 2012/1433H

Borang permohonan untuk mengadakan Tahlil Arwah pada bulan Ramadhan 2012/M/1433H kini boleh dimuaturun disini atau sila hubungi J/Kuasa Masjid untuk maklumat lanjut.


==========//=============

Jadual Pengajian Agama


Arkib Jadual Pengajian Agama


Rekod Kutipan/Derma Jumaat

Jumlah kutipan dan sumbangan yang diterima daripada orang ramai yang dimasukkan ke dalam Tabung Masjid dan LAIN-LAIN

JUMLAH KUTIPAN JUMAAT (RM)
TARIKH TABUNG MASJID TABUNG AIRCOND
04/03/16 2,194.00 410.00
11/03/16 2,037.00
18/03/16
25/03/16
JUMLAH 4,231.00 410.00

Rekod Kutipan Masjid Jamek Batu 14


Rekod Kutipan Sekolah Agama KAFA

Khairat dan Kematian

Rekod dan Senarai Keahlian Badan Khairat dan Kematian

Rekod Tahun 2012


Lapuran dan Minit Mesyuarat

Lapuran Mesyuarat



Lapuran Kewangan Masjid


Sumbangan Berbuka Puasa & Morey

Ramadhan Al-Mubarak bakal menjelang tiba tidak sampai 1 bulan lagi. Sehubungan dengan itu J/Kuasa Masjid mengalu-alukan apa juga bentuk sumbangan terutamanya sumbangan untuk :-

     1. Juadah Berbuka Puasa
     2. Jamuan Morey

Ahli Kariah dan orang ramai boleh membuat sumbangan ikhlas merangkumi makanan, minuman dan wang tunai.

Sila hubungi J/Kuasa Masjid atau Hubungi Kami untuk maklumat lanjut berhubung cara untuk menyampaikan sumbangan.
Mudah-mudahan sumbangan ikhlas ada akan dapat memakmur dan mengimarahkan Masjid.

HADIS : Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya,

"Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun"


 Jadual Moreh sila rujuk disini :-

Feedjit

Powered by Blogger.
Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik.

Foto Masjid Jamek Batu 14 Puchong

Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Program Ibadah Korban 2012M-1433H (Hari Pertama)

Bersempena dengan kehadiran Aidil Adha pada Jumaat 26hb. Oktober 2012M/1433H ini, Masjid Jamek Batu 14 Puchong, Selangor telah mengadakan program ibadah korban. Sebanyak 6 ekor lembu telah tersenarai di dalam program korban ini.

Daripada 6 ekor lembu tersebut, 1 ekor telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Manakala 5 ekor lagi adalah daripada ahli kariah masjid. Memandangkan pada tahun ini, Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari Jumaat, maka J/Kuasa Masjid telah memutuskan untuk mengadakan sembelihan dan program seperti berikut :-

Program Hari Pertama
Tarikh : 26hb. Oktober 2012 (Jumaat)
Masa   : 8:30 pagi
Lokasi : Masjid Jamek Batu 14 Puchong
Aturcara   :-
       08:30 pagi : Solat Sunat Aidil Adha
       09:30 pagi : Sembelihan 1 ekor lembu
       09:45 pagi : Melapah dan menguruskan daging
       11:00 pagi : Memasak (menu : sup, nasi putih dan minuman)
       1:30 tghari : Solat Jumaat
       2:00 petang : Jamuan
       3:00 petang : Bersurai

Program Hari Kedua
Tarikh : 27hb. Oktober 2012 (Sabtu)
Masa   : 8:30 pagi
Lokasi : Masjid Jamek Batu 14 Puchong
Skop   : Aturcara :-
       08:00 pagi : Sarapan pagi
       08:30 pagi : Sembelihan 5 ekor lembu
       09:00 pagi : Melapah dan menguruskan daging
       11:30 pagi : Mengedarkan daging korban (kupon)
       2:00 petang : Bersurai


Program Hari Pertama : Jumaat 26hb. Oktober 2012
Majlis telah dimulakan pada jam 9:30 pagi dengan sesi taklimat daripada Timbalan Nazir Masjid Jamek Batu 14 Puchong, Tuan Hj Meor Azlan. Beliau telah menerangkan kepada semua ahli kariah yang hadir berkenaan tatacara mengadakan penyembelihan korban ini. Ini bagi memastikan semua urusan penyembelihan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

Pada program korban hari pertama ini, En Ayub telah dilantik sebagai Ketua Pelapah yang bertugas mengetuai kerja-kerja melapah dan memastikan daging, tulang, kepala, ekor, kulit, perut serta lain-lain organ dalaman lembu ini dapat diuruskan dengan cara dan kaedah yang betul.




Selepas selesai penyembelihan lembu korban pertama, ahli kariah bersama-sama bergotong-royong melapah serta mencincang daging korban.


Manakala selepas selesai, kaum wanita yang diketuai oleh Puan Jamaliah (Kak Mai - Pen. Setiausaha Masjid) pula mengambil alih tugas dengan menyediakan masakan seperti mana yang telah dirancangkan iaitu sup daging, nasi dan minuman.

Alhamdulillah semua urusan penyediaan makanan untuk jamuan telah tersedia tepat pada waktu yang telah dirancangkan. Sebaik sahaja selesai menunaikan solat Jumaat, para jamaah mula menikmati jamuan yang disediakan.



Photo Pilihan


Penyembelihan

Melapah & Mencincang Daging

Memasak

Menikmati Jamuan

Jawatankuasa Masjid Jamek Batu 14 Puchong mengucapkan ribuan terima kaseh kepada semua ahli kariah, orang perseorangan, persatuan, pertubuhan yang telah menyumbangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan program hari pertama ibadah korban (2012M/1433H) di Masjid Jamek Batu 14 Puchong Selangor.


Seminar Minda Strategik (SMS)

(Klik pada gambar di atas untuk banner penuh)


Usaha Strategik Sdn Bhd yang merupakan sebuah firma konsultan latihan yang bergerak aktif dan agresif serta fokus secara serius dalam bidang latihan bina insan di Malaysia akan mengadakan Seminar Minda Strategik (SMS) pada bulan Oktober 2012

Seminar ini mensasarkan golongan pelajar terutamanya calon-calon SPM, STPM, pelajar kolej dan universiti. Banyak manafaat yang bakal diperolehi di dalam seminar ini diantara ialah :
  1. Menyuntik penggunaan minda secara optimun
  2. Membaca, memahami, menghafal dan Mengamalkan Ilmu dengan baik
  3. Mecapai pemikiran yang kreatif, produktif & inovatif
  4. Perubahan positif dan meningkatkan kualiti hidup
  5. Cemerlang dalam peperiksaan

Jadual Seminar Minda Strategik adalah seperti berikut :-

Tarikh   : 13hb. Oktober 2012 (Sabtu)

Masa     : 9:00 pagi - 4:00 petang

Lokasi   : Masjid As-Salam Puchong Perdana

Yuran   : RM80 (Individu)/ RM75 (berkumpulan)

Peserta : 70 orang sahaja



Tarikh Tutup Permohonan : 4hb. Oktober 2012

Maklumat lanjut tentang program boleh di dapati disini. Orang ramai yang ingin menyertai program ini boleh mendapatkan borang permohonan disini atau terus menghubungi pihak penganjur seperti di bawah ini :-

USAHA STRATEGIK SDN BHD
No. 12-1, Jalan Mutiara 1/1,
Taman Mutiara Indah, Puchong.
Tel : 03-8063 6562 / 03-8051 2424
Faks : 03-8063 6563
website:www.usahastrategik.com
email : info@usahastrategik.com

Mudah-mudahan kita serta anak-anak kita yang akan menduduki peperiksaan akan beroleh manafaat daripada seminar ini, InsyaAllah



Masjid TH Kelana Jaya : Program Muhasabah Ramadhan 1433H


Jawatan Kuasa Masjid Tabung Haji Kelana Jaya melalui Biro Dakwah dan Penerbitan akan mengadakan Program Muhasabah Ramadhan seperti butiran yang dinyatakan di dalam surat jemputan diatas.

Maklumat lanjut tentang program boleh di dapati disini. Orang ramai yang ingin menyertai program ini boleh mendapatkan borang permohonan disini.

Mudah-mudahan kita akan beroleh manafaat daripada program ini, InsyaAllah



Makluman Program Penghayatan Ramadhan (Wanita) 2012


InsyaAllah selang beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut kehadiran Ramadhan Al-Mubarak. Ramadhan adalah bulan yang penuh kerahmatan dan masa yang paling sesuai untuk kita merebut pahala yang berlipat kali ganda. Ramadhan juga merupakan madrasah agung yang mendidik jiwa dan nafsu kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia juga mampu menggilap kembali hati kita yang pudar dan titik tolak kepada perubahan diri yang lebih baik.

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (W.I) Daerah Puchong dengan kerjasama Masjid Jamek Batu 14 Puchong & Unit Muballighat JAIS (UMJ) akan menganjurkan Program Penghayatan Ramadhan (Wanita) 2012M/1433H. Pelbagai program telah diaturkan WI Daerah Puchong bagi meraikan kehadiran Ramadhan Al-Mubarak ini diantaranya ialah Solat Sunat, Ceramah, Khatam Al-Quran dan lain-lain lagi.

Tarikh     : 5hb. Ogos 2012 / 16 Ramadhan 1433H (AHAD)
Masa       : 7:30 pagi - 3:00 petang
Lokasi     : Masjid Jamek Batu 14 Puchong
Aturcara  : Seperti berikut :-


Penyertaan daripada ahli kariah Masjid Jamek Batu 14 Puchong, orang perseorangan, organisasi dan pertubuhan Islam, NGO, surau-surau dan masjid-masjid lain adalah amat dialu-alukan bagi mengimarahkan masjid disamping mencari keredhaan Allah.

Penyertaan secara berkumpulan (organisasi, surau dan masjid) adalah disarankan menggunakan borang permohonan menyertai program yang boleh didapati disini serta dimajukan seberapa segera kepada JawatanKuasa Masjid bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar dan selesa.

Disamping itu juga JawatanKuasa Masjid sangat berterima kaseh untuk menerima apa juga Sumbangan Ikhlas daripada peserta program dan orang ramai tanpa mengambilkira samada mereka menyertai program ini atau tidak berkesempatan. Borang sumbangan boleh dimuaturun disini dan dihantar terus bersama dengan sumbangan kepada J/Kuasa Masjid seperti di bawah ini.

Sebarang pertanyaan mengenai Program Penghayatan Ramadhan (Wanita) 2012M/1433H ini boleh dikemukakan terus kepada :-

   Tuan Nazir Masjid Jamek : Tuan Haji Haridan Bin Yusoff
   Pengerusi WI Puchong : Jamaliah Bt Darus
   Masjid Jamek Batu 14 Puchong : Admin



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Aduan, Maklum Balas, Cadangan dan Pendapat.
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Kategori : Aduan
Cadangan/Pendapat
Lain-lain
Nota :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.